BANDAR BARU BANGI, 29 Julai 2011 – Satu program telah diadakan di Dewan Perdana, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda (SMKDABB). Program tersebut ditaja khas oleh eQurban Resources Sdn. Bhd. (eQurban.com) sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
“Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan & Di Ambang Ramadhan” tajaan eQurban.com itu telah dihadiri oleh 800 orang pelajar SMKDABB. Majlis bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keistimewaan bulan Ramadhan, serta menghayati dan menghidupkan lagi suasana bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.
Mu’adz, artis jemputan yang didatangkan khas oleh pihak eQurban.com memainkan peranan menceriakan majlis pada hari itu. Dendangan alunan lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan oleh Mu’adz, diselangi juga dengan kata-kata motivasi dan nasihat daripada Mu’adz sendiri diharap dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir di majlis tersebut.
Di kesempatan ini, Kami daripada eQurban Resources Sdn. Bhd. dengan ini ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam di Malaysia, umat Islam di Kemboja dan juga umat Islam di serata dunia. Semoga di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan memberi kita ganjaran pahala berlipat kali ganda dalam apa jua aktiviti yang dilakukan (yang disukai Allah). Selamat beramal dan selamat berpuasa.
sekolah ni beberapa selang je dari rumah salah seorang saudara kami.hehehehe. bagus program mcm ni