Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada para jemputan yang hadir ke Majlis Pelancaran Rakan Niaga Qurban dan Aqiqah (RAQA) baru-baru ini. Majlis berjalan lancar dan menjadi bertambah ceria dengan kehadiran anda semua. Terima kasih juga diucapkan kerana memberi sokongan yang penuh terhadap program Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja ini. Semoga dengan usaha yang dilakukan akan dapat memberi manfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang berlangsungnya Majlis Pelancaran Rakan Niaga eQurban.com pada 18 Jun 2011 yang lalu di Hotel Equatorial, Bangi.
