Enter your keyword

Latar Belakang eQurban

Latar Belakang Syarikat

eQurban Ihsan Sdn Bhd (EQISB) atau lebih dikenali dengan nama eQurban
merupakan sebuah syarikat yang menganjurkan Program Aqiqah dan Qurban yang dilaksanakan di negara Kemboja. Program ini mengajak rakyat Malaysia dan seluruh dunia untuk menyertainya di mana perlaksanaan sembelihan dan pengagihan dibuat oleh Koperasi Muslim Kemboja (CMC).

Program ini adalah usahasama antara eQurban dengan pihak Koperasi Muslim Kemboja (CMC). Melalui usahasama ini modal penternakan akan dikeluarkan oleh pihak eQurban manakala aspek ternakan, penjagaan, penyembelihan dan pengagihan akan dilaksanakan oleh pihak Koperasi Muslim Kemboja (CMC).

Pihak eQurban juga bertindak sebagai Ejen Eksklusif / Tunggal pemasaran bagi mengajak rakyat Malaysia dan seluruh dunia amnya untuk menyertai program ini

Kenapa Di Kemboja

eQurban mengajak rakyat Malaysia melaksanakan ibadah ini di Kemboja disebabkan kedhaifan umat Islam di sana yang lebih memerlukan jika dibandingkan dengan umat Islam di Malaysia.
Sebagai contoh, jika dahulu secara purata umat Islam di Kemboja berpeluang untuk makan daging hanya setahun sekali jika dibandingkan dengan rakyat di negara lain.

Keistimewaan Kami

Sekiranya dibandingkan dengan syarikat lain, Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja ini melibatkan lembu-lembu yang diternak sendiri oleh pihak eQurban di sana dan diuruskan oleh pihak CMC.
Manakala syarikat lain yang terlibat dengan aktiviti ini mengambil atau membeli lembu daripada orang atau ejen lain. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir pihak atau syarikat terpaksa mendapatkan bekalan lembu daripada orang bukan Islam.