MEMBERI DAN MENDIDIK
Telah sekian lama masyarakat Muslim Kemboja menerima bantuan khususnya agihan sembelihan korban dari pelbagai pihak terutama dari Malaysia. Sejak tahun 1980an ribuan ekor lembu disembelih di Kemboja sebagai ibadah korban dari ummat Islam termasuk dari Malaysia.. Tetapi hakikatnya hari ini sebahagian besar Muslim Kemboja masih berada dalam kelompok miskin dan daif. Saban hari masih kedengaran rayuan dan permintaan dari perbagai pihak supaya membantu masyarakat Muslim Kemboja. Berpuloh-puloh agensi kerajaan dan NGO akan ke Kemboja menjelang hari raya korban membawa amanah ummat untuk melaksanakan sembelihan korban. Dan ironisnya selepas selesai musim korban masyarakat Muslim Kemboja majoritinya tetap tidak berubah.
Menyedari keadaan ini Equrban dan CMC memperkenalkan dasar yang berbeza dalam proses agihan dan perlaksanaan sembelihan korban aqiqah di Kemboja. Strategi memberi dan mendidik kami terapkan kepada masyarakat Muslim Kemboja yang bersedia berusaha. Bermula dengan 17 ekor lembu kami serahkan untuk dijaga oleh satu jemaah masjid di sebuah kampong di Wilayah Streng Treng sebagai rakan kongsi . Jemaah masjid ini dipertanggung jawabkan untuk menjaga ternakan dan kami memberi upah sebagai balasan. Pada tahun yang sama kami sembelih korban di masjid berkenaan dan hampir 400 keluarga mendapat agihan daging korban. Moralnya ialah kami mengajar Muslim Kemboja berusaha bekerja atau menjaga amanah disamping mereka mendapat upah. Manakala masyarakat ahli kariah itu mendapat menafaat dari ibadah korban. Tidak berhenti disitu kami mensyaratkan kepada jemaah masjid yang terlibat , kerjasama ini akan ditamatkan jika mereka tidak menjaga dan megimarahkan masjid. Alhamdulillah tawaran ini mereka sambut dengan baik dan setiap tahun permohonan dari jemaah masjid mewakili kampong-kampong Muslim Kemboja bertambah. Kini tahun 2013 CMC dan Equrban telah bekerjasama dengan lebih 75 masjid dan madrasah di seluruh Kemboja. Perkembangan ini memberi satu motivasi kepada kami untuk terus membantu dengan memberi apa yang mereka perlukan bukan apa yang kita ada. Mereka perlukan pekerjaan dan sumber pendapatan keluarga . Justru itu kami telah memberi ruang pekerjaan dan sumber pendapatan mereka. Malah ada inidividu kariah masjid berkenaan yang tampil bekerjasama dengan kami dengan menternak lembu untuk kami pasarkan di musim korban setiap tahun. Dengan pendekatan ini secara langsung kami mendidik masyarakat Muslim Kemboja agar menghargai pemberian dengan cara menjaga dan mengimarahkan masjid sumbangan orang ramai.
Leave a Reply