Soalan 1 :
Apakah yang dimaksudkan dengan Korban?
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.
Soalan 2 :
Apakah hukum melaksanakan ibadah korban?
Hukum korban ialah Sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan. Namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar.
Soalan 3 :
Apakah binatang yang disyariatkan untuk korban?
Binatang yang hendak dikorbankan mestilah mempunyai ciri-ciri tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak kurus. Binatang yang sah untuk dikorbankan adalah seperti berikut :
- Kambing biri-biri – berusia satu tahun dan ke atas.
- Kambing biasa - berusia dua tahun dan ke atas.
- Unta – berusia lima tahun dan ke atas.
- Lembu atau kerbau – berusia dua tahun dan ke atas.
Soalan 4 :
Berapakah bilangan minimum haiwan yang digalakkan untuk ibadah korban?
Bagi haiwan seperti lembu, kerbau atau untuk bilangan minimum untuk ibadah korban adalah 1 bahagian. Manakala kambing bilangan minimum adalah satu ekor.
Soalan 5 :
Saya telah melaksanakan ibadah korban sebelum ini, bolehkah saya melaksanakannya lagi?
Boleh, ibadah korban boleh dilaksanakan seberapa banyak sekiranya berkemampuan.
Soalan 6 :
Jika saya menyertai program ibadah korban ini dengan pihak eQurban, apakah bukti yang menunjukkan ibadah korban tersebut telah dilaksanakan.
Pihak eQurban akan mengeluarkan sijil aku janji sebagai wakil melaksanakan ibadah korban tersebut kepada semua peserta dan menghantar gambar-gambar berkaitan yang menunjukkan ibadah tersebut telah dilaksanakan.
Soalan 7 :
Apakah kelebihan menyertai ibadah korban dengan pihak eQurban?
Kami menternak sendiri lembu-lembu untuk Korban ini di ladang kami di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja. Bekalan lembu ini cukup untuk bekalan Qurban dan Aqiqah sepanjag tahun
Soalan 8 :
Bagaimana cara untuk melaksanakan ibadah korban dengan pihak eQurban?
Anda boleh menggunakan salah satu saluran berikut :
Hubungi kami di alamat :
EQURBAN RESOURCES SDN. BHD.
87A, Jalan 8/1, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
SelangorTel : 03-8926 3575
H/P : 014-3283504 (Yusdi)
H/P : 019-762 3960 (Farizal)
Atau
Faks atau emailkan borang dan slip bayaran ke
Email : admin@equrban.com
