Assalamualaikum & Salam Ceria.
Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini.
Baru-baru ini penulis ada ditanyakan soalan tentang syarat aqiqah. Jadi artikel kali ini penulis akan berkongsi dengan persoalan yang dilontarkan.
SYARAT SAH AQIQAH
- Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
- Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
- Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
- Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya.
- Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran atau bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh.
Binatang
|
Umur
|
Biri-biri
|
1 tahun atau lebih atau telah bersalin gigi
|
Kambing
|
2 tahun atau lebih atau telah bersalin gigi
|
Lembu / kerbau
|
2 tahun atau lebih
|
Unta
|
5 tahun atau lebih
|
Tetapi ada juga yang bertanyakan tentang boleh atau tidak binatang sembelihan ini diganti dengan binatang lain seperti ayam atau kambing gurun.
Jawapannya tidak boleh. Ayam memang boleh dibuat makan tetapi tidak boleh dibuat untuk pelaksanaan aqiqah kerana ayam berkaki dua. Begitu juga dengan kambing gurun. Kambing gurun hidup secara liar, bukan secara ternak. Harap faham ya. Hehe.
Oklah sampai sini dulu artikel kali ini. Semoga bermanfaat.
Kepada yang ingin membuat tempahan sila layari laman sesawang berikut :
*Lembu Kemboja : RM350/bahagian
*Lembu Malaysia : RM550/bahagian
*Kambing Indonesia : RM580/ekor
*Kambing Malaysia : RM800/ekor
website : www.equrban.com
pejabat : 03 5523 6092
dah belajar masa spm dulu.tapi kena ulangkaji juga ni kalau dah betul2 praktikkan di dunia luar
saps ibu bapa recently posted..SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan